Pejuang al-Quran

Siapa yang (membaca, menghafaz, mengamalkan) dengan al-Quran maka sesungguhnya al-quran itu akan datang di hari qiamat nanti sebagai syafawat kepada ahlinya (membaca, menghafaz, mengamalkan). -maksud al-hadith.

Mohon Kemaafan June 9, 2010

Filed under: Nasihat — babaakhfash @ 14:46

InsyaAllah doakan agar di beri kekuatan serta keberkatan dan kepandaian dalam menguruskan nikmat masa supaya WebBlog ini dapat di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian Terima Kasih

Wallahhu Taala A’lam

 

Paparan Elektronik (Slide Show)

Filed under: Bahan Interaktif — babaakhfash @ 14:38

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menganugerahkan kepada saya rezeki dengan limpahan nikmat masa, dengan izin-Nya akhirnya kerja dakwah Alam maya ini dapat di laksanakan proses penambahbaikkan dari semasa ke semasa.


Di sini saya sertakan link rasmi kepada tajuk-tajuk pilihan dalam Pendidikan Islam supaya dapat di beri manfaat kepada siapa yang memerlukan.



Sekian, Terima Kasih.


Wallahhu Taala A’lam

 

Latihan Pendidikan Islam

Filed under: Latihan Ilmiah — babaakhfash @ 12:10

Di sini terdapat beberapa latihan untuk tajuk Pendidikan Islam sepertimana yang di sediakan di bawah. Boleh Klik di Link di bawah kemudian jawap soalan.

Moga apa yang di bekalkan ini mendapat manfaat yang sebaiknya oleh semua pihak yang memerlukan.


Berkhidmat kerana Allah.


Wallahhu Taala A’lam.

 

Pendidikan Islam Bab Aqidah

Filed under: Pendidikan Islam — babaakhfash @ 09:40

Dalam bab ini pelajar akan di beri bahan interaktif pembelajaran yang berkaitan tajuk pendidikan islam dalam Bab Aqidah Islamiah.

Antara kandungan isi bahan dalam Slide paparan di bawah ini adalah berkaitan sumber utama aqidah islamiah, perbincangan segala aspek yang berkaitan tajuk serta contoh-contoh perkara yang boleh merosakkan aqidah islamiah dan juga perkara penjelasan terhadap perkara-perkara yang perlu di lakuakan untuk memantapkan aqidah selain penerangan maksud istilah dalam tajuk ini.


Antara kandungan isi bahan dalam Slide paparan di bawah ini adalah berkaitan Konsep Aqidah Islamiah, berserta ciri-cirinya, dan juga hubungkaitnya dengan syariah islamiah. Di dalam bahan ini juga di berikan beberapa contoh yang berkaitan isu semasa yang berkaitan kerosakan aqidah islamiah.


Antara kandungan isi bahan dalam Slide paparan di bawah ini adalah berkaitan tajuk Rukun Iman Teras Aqidah Islamiah, juga di berikan penerangan secara daqiq berkaitan maksud Beriman Dengan Rukun Iman dan Hikmahnya.


Boleh juga melihat paparan di bawah untuk maklumat tambahan bagi tajuk yang di bincangkan di atas.


Moga apa yang di bekalkan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukan.

Berkhidmat kerana Allah.

Wallahhu Taala A’lam

 

Pendidikan Islam Bab Pengajian al-Quran

Filed under: Pendidikan Islam — babaakhfash @ 09:28

Dalam bab ini pelajar akan di beri bahan interaktif pembelajaran yang berkaitan tajuk pendidikan islam dalam bab Pengajian Islam yang bertajuk Adab-Adab Membaca al-Quran. Antara kandungan isi bahan akan di jelaskan dalam tajuk adalah berkaitan Beradab Degan al-Quran Sebelum, Semasa dan Selepas Membaca, Hukum Mengabaikan Al-Quran dan Hikmah Tuntutan Penjagaan Adab ini.


Boleh juga lihat dan dapatkan maklumat melalui paparan video di bawah yang berkaitan tajuk.

Moga apa yang di bekalkan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukan.

Berkhidmat kerana Allah.

Wallahhu Taala A’lam

 

Pendidikan Islam Bab Ibadah June 8, 2010

Filed under: Pendidikan Islam — babaakhfash @ 22:14

Dalam bab ini pelajar akan di beri bahan interaktif pembelajaran yang berkaitan tajuk pendidikan islam iaitu Solat Jumaat. Antara kandungan isi bahan akan di jelaskan dalam tajuk adalah berkaitan konsep solat jumaat, khutbah jumaat dan adab-adab makmum dalam solat jumaat.


Boleh juga lihat dan dapatkan maklumat melalui paparan video di bawah yang berkaitan tajuk.


Moga apa yang di bekalkan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukan.

Berkhidmat kerana Allah.

Wallahhu Taala A’lam

 

Perbincangan Berkaitan al-Quran

Filed under: al-Quran — babaakhfash @ 16:19

1. Tulisan Arab


Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta
huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi
Sufian, Abban bin Said dan al-‘Ala’ bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah
al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Ubai bin
Ka’ ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan
dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan
Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih
dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda
mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhimya
Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu)
sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.


2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran


Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( خط ) bererti garis memanjang pada sesuatu perkara
dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen,
qalam dan sebagainya.
Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan
pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi hurufhuruf Hijaiyyah.

Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang
Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan
dengan khat al-Hijazi.

Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya.
Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu
hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan
Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat
sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan lagi khat al-
Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.


3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w,


Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di
mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis
wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa’ al-Rasyidin yang empat
iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan
dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin
Thabit, Ubai bin Ka’ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan
ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain
bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan
mereka lebih mengutamakan hafazan.


4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.



Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-
Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan
antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan
tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan

sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.”
Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan
al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra’ yang gugur
syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz
pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui
usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.
Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah
Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat,
lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar
al-Khattab r.a.


5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,


Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah
berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk
Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari
dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:
i. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka’ab, Zaid
bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.


ii. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan
Abu Darda’ r.a.


iii. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai
bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib
dan Abu Musa al-Asha’ ari r.a.


iv. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Saiyidina
Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit r.a.


Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin
mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al- Quran.


Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang
bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telah
mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum
muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-‘ As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra’. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.


Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin
sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan
r.a. sendiri yang dinamakan “Mushaf al-Imam” dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah,
Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.


Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayahwilayah
berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan
mutqin” di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri
daripada:


i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.

ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam. iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran
yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun,
perbezaan bacaan ( وججه القراءات ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa
yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana
bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.


Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:


i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran.

iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.


6. Kelebihan Rasm Uthmani


AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.


ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.


iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang
sebenar.


iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).


v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.


yi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.


vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran.


viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.


ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.


x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.


xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).


xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.


7. Tahap Penulisan AI-Quran


Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:


i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( نقطة العراب ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).


iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( نقطة العجام ) yang dipelopori oleh Yahya bin
Ya’mar dan Nasyr bin ‘Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof
al-Thaqafi,


iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh
al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul
Malik bin Marwan.


v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara
Islam yang lain sehingga ke hari ini.


8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini


Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:


i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam ‘Asim adalah paling banyak diamalkan di negaranegara
Islam.


ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi’ adalah banyak diamalkan di negara Afrika.


iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi’ adalah banyak diamalkan di negara Asia
Tengah.


iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di
Sudan.


9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)


Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan
untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara
ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah
dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.


10. Pembahagian Rasm


Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Rasm Qiasi/Imla’i.
Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.


ii. Rasm Istilahi/ Uthmani.
Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari
segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah,
mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah.
Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini
diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuan Nabi), maka
penggunaan tulisan Imla’i atau Qiasi tidaklah diharuskan.

 

Sejarah Ringkas Pengumpulan al-Quran

Filed under: al-Quran — babaakhfash @ 15:52

Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran telah pun ditulis dengan arahan khusus daripada Rasulullah SAW sendiri. Hal ini dibuktikan dengan adanya penulis wahyu seperti Zaid bin Thabit.

Pada zaman Kahalifah Abu Bakar As-Siddiq pula, Al-Quran yang telah bertulis itu dikumpulkan oleh khalifah setelah mendapat saranan daripada Saidina Umar R.A. Ini disebabkan oleh syahidnya ramai Huffaz Al-Quran pada peperangan Al-Yamamah. Selepas kematian Saidina Abu Bakar, penulisan Al-Quran yang dikumpul ini diserahkan kepada Saidina Umar kemudian diserahkan kepada puterinya, Hafsah R.A.

Khalifah Uthman Ibn Affan R.A mengarahkan supaya dilakukan pengumpulan semula terhadap Al-Quran dengan kaedah yang lebih tersusun dan rapi. Lalu disalin ke dalam beberapa naskah lain dan dihantar ke kota-kota besar Islam pada waktu itu. Tindakan ini disebabkan aduan daripada Huzaifah Ibn Al-Yaman yang mendengar perselisihan para sahabat tentang qiraat(bacaan Al-Quran) sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

Pengumpulan ini diselia oleh Zaid bin Thabit dengan bantuan Abdullah bin Amr bin Al- ‘Aas, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Az Zubir, dan Abdul Rahman bin Al- Haris bin Hisyam. Diantara kaedah yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini ialah apabila berlaku perselisihan pada bentuk penulisan mereka akan menulisnya dengan bahasa Quraish.
Turutan yang dapat diambil ialah pada zaman Rasullah, Al-Quran terpelihara di dalam dada para sahabat dan ditulis di pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit binatang dan kepingan batu. Kemudian pada zaman Saidina Abu Bakar pula, pengumpulan yang berlaku hanya melibatkan penyusunan bagi ayat-ayat di dalam surah-surah sahaja tanpa disusun mengikut tertib surah, dan ini dinamakan SUHUF.

Seterusnya pada zaman Saidina Uthman pula pengumpulan melibatkan tertib ayat dan surah lalu dibukukan dan ini dinamakan MUSHAF. Dikenali dengan Mushaf Uthmani @ Rasm Uthmani.

Kita boleh membandingkan penulisan rasm Al-Quran yang berbeza dan berlainan dengan melihat penulisan di dalam Mushaf Majid dan Mushaf Uthmani bagi memahami dengan lebih jelas tentang ilmu rasm Al-Quran ini.

Adalah menjadi kewajipan kita umat Islam untuk megikut dan mengambil ikhtibar kepada rasm Uthmani dan memuliakan para sahabat yang sedaya upaya berusaha untuk memelihara Al-Quran ini…

Rujukan : LatoifulBayan fi RasmulQuran, Syarah Maurid Az Zomaan oleh Syeikh Anmad Mohammad Abu Zithar.

 

Salam Pengenalan

Filed under: Awal Bicara — babaakhfash @ 04:03

salam didikasi dari saya,

Alhamdulillah ku panjatkan lafaz syukur ke hadrat illahi atas kesempatan masa yang di izinkan Allah dalam menyiapkan Lakaran maya ini. Moga ianya menjadi satu hajat bagi diri saya sebagai modoretor untuk laman ini supaya dapat memberi seberapa banyak mungkin ilmu yang berkait dengan al-Quran. InsyaAllah akan di usahakan dari semasa ke semasa untuk di muatkan dalam ruangan maya ini sesuatu input yang berguna untuk pengetahuan serta tatapan pada semua golongan pelayar. Moga usaha ini menjadi sesuatu medan dakwah baru untuk diri yang dhoif serta naif ini untuk ketengahkan suatu ilmu yang di harapkan dapat membimbing serta mengajak  saudara saudari pelayar semua membangun bersama al-quran. kerana al-quran bukan di turunkan untuk sebilangan golongan malah di turunkan untuk semua lapisan golongan tanpa had sempadan bangsa, budaya, negara, peringkat umur, jantina mahupun puak-puak.

moga setiap penambahan komen untuk proses penambahbaikkan dapat memberi galakan pada diri saya untuk memberi sesuatu yang terbaik buat semua.

wasalamullah wasalamun ‘alaikum.